ZIARAH MADINAH & MEKAH - UMRAH

PAKEJ UMRAH SAFWAH (12 HARI 10 MALAM)

MADINAH - 4 MALAM / MEKAH - 6 MALAM

HARI 1: KUALA LUMPUR - MADINAH     (MM)

  • Berkumpul dilapangan terbang KLIA, tiga (3) jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Madinah dengan Saudi Airlines / Malaysia Airlines.
  • Bertolak ke Madinah.
  • Tiba di Madinah & makan malam.
  • Daftar masuk hotel & bermalam di Madinah.

HARI 2: ZIARAH MADINAH     (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan dibawa melawat Raudhah, Saqifah Bani Saedah, Maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Omar & Maqam Baqi.
  • Makan tengahari di hotel.
  • Jemaah mempunyai masa lapang & bebas beribadat di Masjid Nabawi (Urusan sendiri).
  • Makan malam di hotel.

HARI 3: ZIARAH MADINAH     (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan dibawa melawat Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Syuhada, Masjid 7 dan Kebun Kurma.
  • Makan tengahari di hotel.
  • Makan malam di hotel.

HARI 4: ZIARAH MADINAH     (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Makan tengahari di hotel.
  • Jemaah mempunyai masa lapang & bebas beribadat di Masjid Nabawi (Urusan sendiri)
  • Masa lapang / Ziarah luar (Tambahan Bayaran)
  • Makan malam di hotel

 HARI 5: MADINAH      (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah mempunyai masa lapang & bebas beribadat di Masjid Nabawi (Urusan sendiri)
  • Masa lapang / Ziarah luar (Tambahan Bayaran)
  • Makan tengahari di hotel.
  • Makan malam di hotel.

HARI 6: MADINAH - MEKAH     (SP)

  • Dafter keluar hotel di Madinah.
  • Kumpul bagasi diluar bilik & bertolak ke Makkah dengan pakaian ihram.
  • Ziarah Wada'.
  • Menaiki bas ke Mekah dan bermiqat di Masjid Bir Ali.
  • Tiba di Mekah dan dafter hotel.
  • Keluar semula untuk menunaikan fardhu umrah pertama bersama Mutawwif di Masjidil Haram.

 HARI 7: MEKAH - HALAQAH     (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah bebas beribadat di Masjidil Haram (Urusan sendiri)
  • Makan tengahari di hotel.
  • Makan malam & bermalam di Mekah.

 HARI 8: MEKAH - LAWATAN MANASIK      (SP

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan dibawa melawat Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Masjid Nammeirah, Mina, Jabal Nur, Gua Hira' and
  • Bermiqat di Jaaranah untuk menunaikan umrah kedua. (Bagi yang berjaya mendapat slot)
  • Makan malam & bermalam di Mekah.

HARI 9: MEKAH - HUDAIBIYAH     (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan dibawa melawat Hudaibiyah dan melawat Masjid Hudaibiyah.
  • Muzium Al-Haramain (jika dibenarkan).
  • Makan tengahari & makan malam di hotel.
  • Bermalam di Mekah. 

HARI 10: MEKAH     (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah bebas beribadat di Masjidil Haram (Urusan sendiri)
  • Makan tengahari & makan malam di hotel.
  • Berkumpul di loby hotel untuk taklimat pengurusan pulang ke Malaysia dari Mutawwif. 
  • Bermalam di Mekah.

HARI 11: MEKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR     (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Tawaf Wada' dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Jeddah & bersiar-siar di sekitar Jeddah.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 12: KETIBAAN KUALA LUMPUR

  • Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. InsyaAllah

 

HOTEL IN MADINAH:
*HOTEL MOVENPICK HAJAR TOWER (HOTEL 5 BINTANG)
*50 meter dari Mekah @ Setaraf
HOTEL IN MAKKAH:
*HOTEL ANWAR AL-MADINAH MOVENPICK (HOTEL 5 BINTANG)
*50 meter dari Masjid Nabawi @ Setaraf

Additional Infomation

FLIGHT SCHEDULE

SAUDI ARABIA / MALAYSIA AIRLINES (AMAL)

Terms & Conditions

IMPORTANT NOTES

Terma & Syarat

  • Kadar harga di atas adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dari pihak anda.
  • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
  • Jumlah deposit tambang pelancongan yang dibayar tidak akan dikembalikan selepas membuat tempahan.
  • Bayaran penuh mesti dibuat semasa tarikh tamat promosi.
  • Sekiranya ketetapan tarikh musim biasa jatug pada musim puncak (Cuti Sekolah / Bulan Ramadhan) maka ia dikira sebagai harga musim tersebut. Harga pakej ini tidak ada berubah sekiranya pelanggan memenuhi segala kriteria dalam pakej yang ditawarkan. 
  • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara pengendali tanah.
  • IBC Tours Corporation (Malaysia) SDN BHD dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis terlebih dahulu disebabkan keadaan yang tidak dijangka
  • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
  • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa , Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan atau diberi pampasan.
  • Pakej diatas hanya terpakai bagi pelangan yang telah lengkap dovaksin, mengikut SOP yang ditetapkan semasa Kerajaan Arab Saudi. 
  • Kumpulan hanya terdiri daripada 30-40 pelanggan & seorang mutawwif dari awal perjalanan, ketika ibadah umrah & sehingga pulang ke Malaysia. 
  • Harga pakej ini adalah untuk pelanggan berumur 12 ke atas.
  • perlu cukup dos vaksin sehingga booster. 

VISA

  • Dibenarkan kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Hanya dibenarkan bagi pelanggan berumur 12 tahun ke atas. 
  • Semua salinan dokumen mahram perlu dilengkapkan dan disahkan oleh Jabatan Kerajaan yang berkenaan. 
  • Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh visa dikeluarkan. Tempoh maksima dibenarkan tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa adalah kemasukan sekali sahaja (Single Entry)
  • Harga visa termasuk dengan pelan insurance Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
  • Pihak syarikat tidak bertanggung jawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau keselamatan.
  • Setiap permohonanyang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Keduataan Arab Saudi. 

Tempoh sah laku Pasport mestilah melebihi 6 bulan. Sebarang isu berkaitan imigresen terikat sepenuhnya oleh pelanggan

IBC Tours Corporation (Malaysia) SDN BHD. bertindak hanya sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel dan lain-lain. Kami tidak akan dalam apa jua keadaan dipertanggungjawabkan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan perbuatan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
Semua pakej adalah di bawah Siri Berlepas Kumpulan jika kumpulan di bawah 25 pax minimum kami, kami akan memaklumkan kepada pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 1 Bulan Sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:

13.1. Menangguhkan perjalanan
13.2.Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
13.3.Tukar atau Ditangguh ke destinasi lain

Setelah menerima bayaran penuh pengeluaran insurans perjalanan Selepas menerima jumlah keseluruhan yang dibayar barulah proses selanjutnya seperti Insurans Perjalanan akan dilakukan 14 hari sebelum berlepas kerana ia adalah Siri Tour.

Setelah pembayaran diterima pelanggan menganggap bersetuju dengan Terma & Syarat.

DEPOSIT & TOUR PAYMENTS
  1. Tempahan hendaklah dibuat semasa tarikh promosi dengan deposit RM 1500 setiap pax termasuk kos visa. Bayaran penuh akan dimaklumkan oleh KAKITANGAN IBC sebaik sahaja anda menerima jumlah Invois Performa daripada IBC Tours Corporation (M) SDN BHD.

  2. Pelanggan berdaftar tidak dibernarkan menarik diti tanpa sebarang sebab yang kukuh.

  3. Permohonan pembatalan / menarik diri hendaklah dikemukakan melalui surat & bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah IBC TOURS Corporation (M) Sdn. Bhd. 

  4. Pembatalan pendaftaran akan dikenakan caj sebanyak RM 1000 seorang.

  5. Pembatalan yang melibatkan tiket penerbangan, Visa Umrah, penginapan & kenderaan yang telah ditempah akan ditolak dari jumlah harga pakej yang telah dibayar. 

  6. Pelanggan yang bedaftar tertakluk kepada terma & syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan IBC TOURS Corporation (M) Sdn. Bhd. 

  7. Keadaan cuaca atau sebarang sebab lain Tiada bayaran balik akan dilayan.
    Tempahan akan dikeluarkan secara automatik jika kami tidak menerima sebarang bayaran.

  8. Sila hantar senarai bilik sekurang-kurangnya 01 Bulan sebelum ketibaan.
    Bayaran Akhir 03 Bulan sebelum perjalanan.
     

PROSEDUR TEMPAHAN:

Langkah 01 : Sila hantar kepada kami melalui E-mel (ibcrizal@gmail.com) atau Whatsapp (012-4931020 / 017-6969253)  salinan pasport atau I/C anda

Langkah 02 : Sila berikan kami maklumat penuh seperti berikut.

Nama:
Bilangan dewasa:
Bilangan kanak-kanak:
Alamat emel:
Nombor telefon:
Destinasi Disahkan:
Tarikh Melancong:


Langkah 03 : Majukan Slip Pembayaran anda kepada kami (Deposit RM 1000 Setiap Orang) ke Akaun Rasmi IBC seperti berikut

BUTIR-BUTIR BANK:

Nama Bank         : Maybank

Nombor Akaun : 5143 - 4750 - 3598

Nama Akaun    : IBC TOURS CORPORATION (M) SDN BHD

  Airlines
SAUDI AIRLINES / MALAYSIA AIRLINES
  Hotel Accommodation
    

  Hotel Details

HOTEL IN MADINAH:
*HOTEL MOVENPICK HAJAR TOWER (HOTEL 5 BINTANG)
*50 meter dari Mekah @ Setaraf

HOTEL IN MAKKAH:
*HOTEL ANWAR AL-MADINAH MOVENPICK (HOTEL 5 BINTANG)
*50 meter dari Masjid Nabawi @ Setaraf

  Departure Date

22-02-2023 (Wed)

  Package Pricing

  Airlines
SAUDI AIRLINES / MALAYSIA AIRLINES
  Hotel Accommodation
    

  Hotel Details

HOTEL IN MADINAH:
*HOTEL MOVENPICK HAJAR TOWER (HOTEL 5 BINTANG)
*50 meter dari Mekah @ Setaraf

HOTEL IN MAKKAH:
*HOTEL ANWAR AL-MADINAH MOVENPICK (HOTEL 5 BINTANG)
*50 meter dari Masjid Nabawi @ Setaraf

  Departure Date

01-03-2023 (Wed)

08-03-2023 (Wed)

  Package Pricing

Preferred Online

Payment Channels

We are accredited by

SME & ENTREPRENEURSHIP
SME & ENTREPRENEURSHIP

Business Award

SSM BIZTRUST
SSM BIZTRUST

Trusted Online Business

Razer Merchant (MolPay)
Razer Merchant (MolPay)

Official Payment Gateway